Ning Xi tidak mungkin akan membazirkan cuti setengah bulannya. Jadi, keesokan harinya, dia sekali lagi membawa Si Cilik keluar berseronok.
"Cik Xiao Xi, kamu nak tak tunggu Tuan Muda Sulung balik dari kerja dan keluar bersama?" Pelayan tua itu sudah tidak mampu untuk terus tengok sahaja dan mula menggesa Ning Xi bagaikan seorang pencari jodoh.
Ning Xi menggaru kepalanya. "Baik jangan... Dia sangat sibuk! Kami boleh pergi sendiri!"
Dia sengaja memilih waktu ketika Lu Tingxiao tidak ada di rumah, jadi tidak mungkin dia akan tunggu lelaki itu balik dari kerja dulu...
"Kalau macam tu, tolong izinkan mereka ikut kamu. Ini arahan daripada Tuan Muda Sulung, kami tak boleh ambil ringan tentang keselamatan Tuan Muda Kecil." Pelayan tua itu memberi isyarat ke arah tiga orang pengawal keselamatan yang berpakaian hitam dan berkaca mata yang sedang berdiri berhampiran.
Ia permintaan yang munasabah...
Sudah tentu Ning Xi hanya mampu bersetuju.