Jiang Muye berasa tidak bermaya, tetapi sebaik sahaja dia mula makan, dia kembali bertenaga.
Sekurang-kurangnya Si Ning Xi ini sangat pandai memasak. Ia hanya BBQ biasa, tetapi gadis itu membuatkannya menjadi begitu sedap.
Si Cilik dapat mengagak yang Jiang Muye sedang susah hati, jadi dia menghulurkan sedikit kambing panggang kepada lelaki itu. Kanak-kanak itu selalunya langsung tidak ambil kisah tentang sesiapa kecuali Ning Xi.
Jiang Muye berasa begitu terharu.
Dan...
Dia sedar yang Ning Xi memang tidak menokok tambah sebelum ini.
Kanak-kanak kecil itu memang sangat comel bila dia bersikap baik! Patutlah Ning Xi melayannya dengan begitu baik...
Tak guna, ini sangat tak adil. Macam mana orang seperti Lu Tingxiao boleh menghasilkan seorang anak yang begitu comel? Mutasi genetik ke?
Jiang Muye mengunyah daging sambil memikirkan satu idea. Memang dia datang ke sini sebagai seorang buruh, tapi siapa saja yang akan tahu?