Lewat malam.
Selepas nafas gadis itu mulai tenang, lelaki itu akhirnya membuka matanya yang bagaikan kolam dalam dan jernih.
Di bawah cahaya bulan, Lu Tingxiao menatap wajah tenang gadis yang sedang lena itu. Bibir gadis itu dikucup lembut.
Pertama kali dia melihat Ning Xi, dia terasa seperti ingin mengurung gadis itu di dalam rumah dan mengikatnya ke katil supaya dia tidak boleh ke mana-mana dan tiada siapa yang boleh melihat wajahnya. Hanya dia yang boleh melihat wajah gadis itu dan gadis itu hanya boleh melihat wajahnya...
Dia sendiri masih tidak percaya bagaimana dia mampu bertahan hingga sekarang.
Selepas mengucup lembut, lelaki itu membuka bibir gadis itu dengan bibirnya. Kemudian, dia memaksa lidahnya bersatu dengan lidah Ning Xi sehingga gadis itu mengerutkan dahinya dan hampir terjaga daripada tidur kerana kekurangan udara...