Tanpa sedar, Ning Xi menyandarkan kepala Si Cilik di bahunya dan menepuk lembut belakang kanak-kanak itu. Kemudian, dia menjawab selamba, "Anak kawan saya. Saya pergi dulu, semoga cepat sembuh! Saya akan suruh Ning Xueluo datang ke sini nanti."
Selepas Ning Xi pergi dari situ, mata Su Yan masih melekat pada pintu itu. Dia betul-betul terkejut.
Kenapa dengan budak itu?
Kenapa, untuk sesaat, dia terfikir yang budak itu sebenarnya menyerupai Ning Xi, terutamanya di bahagian mata?
Dia teringat kembali memori buruk tentang janin yang tidak bernyawa lima tahun lalu. Kalau janin itu tidak mati, dia pasti sudah sebesar kanak-kanak itu...
Tak guna, apa yang dia fikirkan! Ini memang gila! Janin itu sudah mati lima tahun lalu!
Ya... Mati... Sudah mati... Dia tidak mungkin hidup...
Ning Xi keluar lima saat selepas Si Cilik berlari masuk ke dalam wad itu. Lu Jingli tidak dapat menahan dirinya daripada memetik jarinya kepada Si Cilik. Bagus!