Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 210 - Saya Ada Perasaan kepada Dia

Chapter 210 - Saya Ada Perasaan kepada Dia

Jiang Muye terkesima selama tiga saat. Tidak lama kemudian, telinganya mula terasa hangat dan dia menolak gadis itu. "Ning Xiao Xi, kotor betul otak kamu!"

"Suka hati kamu! Tak payah nak pura-pura baik dan jawab dengan serius soalan Mak kamu ni!"

"Kenapa kamu tanya soalan macam tu?" Jiang Muye cuba mengelak daripada bertentang mata dengan Ning Xi. Dia tidak mahu gadis itu tahu apa yang dirasakan olehnya sekarang. Lagipun, gambaran yang diberikan oleh gadis itu terlalu jelas...

"Jawab soalan saya dulu!" Ning Xi menggesa Jiang Muye.

Jiang Muye teragak-agak untuk tempoh yang lama. Akhirnya, dia berkata dengan suara yang tidak jelas, "Me... mestilah saya akan buat saja! Semua lelaki normal akan buat, okey? Kecuali kalau lelaki itu memang tak suka perempuan itu dari awal lagi!"

Ning Xi memandang lelaki itu dengan senyuman kecil yang terukir di bibirnya. Dia sudah mendapat jawapan yang disangka.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS