Lu Tingxiao kelihatan lega selepas melihat kehadiran Ning Xi. "Kamu dah selesai?"
"Saya dah hampir selesai menghafal semua maklumat itu." Ning Xi mengangguk. Kemudian, dia mendukung Ban Kecil ke katil dan menyelimutkan kanak-kanak itu.
Ban Kecil serta-merta mencapai buku cerita dongeng berwarna-warni yang baru sahaja ditolak olehnya tadi dan mengisyaratkan Ning Xi untuk membacanya.
"Sambung bahagian semalam?" Tanya Ning Xi.
Ban Kecil memegang hujung selimut dengan tangannya yang kecil dan mengangguk manja.
"Okey, hari ini kita baca