Ning Xi tidak dapat tidur nyenyak semalam selepas mendengar kata-kata Lu Tingxiao.
Dia bermimpi perkara yang pelik sepanjang malam, malah dia juga bermimpi tentang kejadian dia diberi ubat pelali oleh Zhu Xiangcheng. Dia bermimpi yang dia hilang kawalan dan menolak Lu Tingxiao ke katil. Kemudian, adegan itu bersambung dan mula hilang kawalan sepenuhnya.
Ahhhhh! Kenapa dia bermimpi perkara seperti itu!
Ning Xi merenggut-renggut rambutnya. Kemudian, dia membuka paip air dan membasuh mukanya dengan air sejuk.
Bergembiralah, hari ini hari pertama dia di syarikat barunya!
Sebaik sahaja dia ingin melangkah keluar dari rumah, Ban Besar dan Ban Kecil memberi kata-kata semangat kepadanya.
"Semoga berjaya." Ujar Lu Tingxiao.
Si Cilik pula mengangkat tablet di tangannya: Berusahalah!
Manakala robot yang berdiri di sebelah Ban Kecil mengeluarkan bunga api dan berkata dalam suara mekanikal, "Berusahalah! Berusahalah!"