Mereka berjaya menyediakan pelbagai juadah dengan cepat kerana ketiga-tiga mereka bekerjasama dengan baik sekali.
Daging khinzir yang disalai dengan cili dan garam, udang karang yang dimasak dengan sos istimewa, ketam masak pedas, kaki kambing panggang, stik daging yang digoreng...
Kebanyakan lauk-pauk itu adalah lauk-pauk utama dan ada lebih banyak lauk yang bercirikan daging berbanding lauk vegetarian.
Lagipun, Ban Kecil masih lagi terlalu kurus dan Lu Tingxiao juga memerlukan lebih banyak zat kerana dia selalunya penat apabila pulang dari kerja.
Lu Tingxiao terpaku memandang meja yang penuh dengan juadah yang begitu menyelerakan. "Sekarang saya percaya apa yang kamu cakap sebelum ini."
"Tentang apa?"
"Tentang kamu ingin menjadi seorang tukang masak."
Ning Xi ketawa besar. "Kamu fikir saya cakap besar! Saya sudah lama tak berlatih, tapi saya memang ada pengalaman memasak!"