Selepas melalui beberapa peristiwa luar biasa, ketiga-tiga mereka akhirnya tiba di rumah.
Selepas meletakkan semua barang di dapur, perkara pertama yang perlu dilakukan bukan memasak, tetapi mandi.
Ketiga-tiga mereka dipenuhi dengan debu-debu yang bergemerlapan dan berlian-berlian kecil. Setiap seorang daripada mereka boleh menjatuhkan sesuatu yang bernilai beberapa ribu yuan untuk setiap pergerakan mereka, jadi Ning Xi melangkah dengan berhati-hati dan ini merupakan sebuah penyeksaan untuknya.
Selesai mandi, Ning Xi memakai pakaian yang selesa dan mudah untuknya bergerak supaya dia boleh memasak dengan menggunakan segala kudratnya.
"Perlukan bantuan?" Lu Tingxiao turun ke tingkat bawah bersama Si Cilik.