Keesokkan paginya.
Ning Xi memakai gaun merah jambu muda dengan sepasang kasut putih bertumit rendah. Dia mengenakan solekan nipis dan rambut ikalnya diluruskan supaya terjatuh elok di bahunya. Seperti biasa, klip rambut merah jambu yang berbentuk hati itu dipin kemas di ubun-ubunnya. Secara ringkasnya, dia betul-betul kelihatan seperti seorang isteri yang baik dan seorang ibu yang penyayang.
Lu Tingxiao sedang duduk di sofa sambil membaca surat khabar dan sebaik sahaja matanya melihat gadis itu, dia terpaku buat sementara waktu. "Penampilan ini..."
Setahunya, Ning Xi lebih gemar memakai pakaian yang ringkas dan mudah. Gadis itu hanya akan menukar gaya sekiranya ada sebarang acara istimewa. Ini pertama kali dia melihat Ning Xi memakai pakaian yang begitu... feminin.
Ning Xi melompat-lompat dengan teruja di hadapan Lu Tingxiao. "Jadi, jadi? Saya nampak macam perempuan yang dah berkahwin dan seorang isteri tak?"