Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 181 - Saya Tidak Pernah Menyesal

Chapter 181 - Saya Tidak Pernah Menyesal

Ning Xueluo mengerling ke arah berita terkini yang terpapar di telefon bimbitnya. Dia hanya kembali tenang selepas melihat skrin yang penuh dengan tajuk-tajuk seperti "Ning Xi bercakap dengan sombong selepas mendapat seorang penaja", "Ning Xi disyaki telah menjadi seorang perempuan simpanan", "Ning Xi enggan mengaku kesalahannya dan langsung tidak menunjukkan riak wajah menyesal".

"Bagus, pastikan orang awam terus mempunyai persepsi seperti itu terhadap Ning Xi dan jangan ada kesilapan lagi selepas ini!"

Selesai berkata-kata, ada bunyi ketukan di pintu wad.

Ning Xueluo serta-merta memandang Chang Li dengan perasaan gementar.

Chang Li cepat-cepat membersihkan cebisan lampu yang pecah tadi dan menutup TV dengan sehelai kain sebelum pergi membuka pintu.

Di luar pintu, Su Yan sedikit terkejut melihat Chang Li berada di wad Ning Xueluo ketika ini. "Kamu berdua sedang berbincang tentang sesuatu ke?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS