Selesai berkata-kata, Ning Xi mengabaikan bunyi bising di belakangnya dan berjalan masuk ke dalam sebuah kereta hitam yang berhenti di hadapannya.
Nasib baik, Lu Tingxiao sudah mengatur segala hal dengan teliti. Dia sudah menjangka yang Ning Xi akan diserang oleh para wartawan hari ini, jadi dia telah mengaturkan supaya pengawal keselamatan dan kereta datang pada waktu yang tepat.
"Cik Xi, kamu nak ke mana selepas ini?" Tanya pemandu itu.
"Ke rumah." Ning Xi terdiam sebentar dan tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya, "Kenapa kamu semua panggil saya Cik Xi dan bukan Cik Ning?"
Dia baru sahaja sedar yang semua orang di kediaman Lu termasuk pembantu-pembantu rumah dan orang-orang suruhan Lu Tingxiao memanggilnya Cik Xi atau Cik Xiao Xi...
"CEO Lu yang arahkan," Jawab pemandu itu.
"Oh..."
Lelaki ini sangat bertimbang rasa... Dia tahu yang Ning Xi tidak menyukai nama keluarga Ning!
Pada masa yang sama, di kediaman Lu.