Chang Li cuba bertenang dan memujuk Ning Xueluo, "Bertenang, Xueluo. E-mel itu mengatakan yang kita ada tempoh 24 jam untuk masukkan wang lapan juta yuan ke dalam akaun itu, jadi hal ini memang berkaitan dengan wang! Beri saja wang itu kepada mereka! Kita tak perlu risau lagi!"
Ning Xueluo berkata dengan gelisah, "Lapan juta yuan! Dalam masa satu hari! Dari mana saya nak dapatkan wang sebanyak itu?"
Walaupun dia punya wang yang banyak, dia juga seorang yang boros. Untuk menjaga penampilannya supaya dia disukai oleh keluarga Ning dan orang-orang di dalam industri, semua itu memerlukan wang.
"Kalau kita kumpul daripada banyak sumber... pasti kita dapat kumpul jumlah wang itu!" Gumam Chang Li. Secara peribadinya, dia merasakan pihak sana telah memberikan jumlah yang tepat kerana jumlah itu adalah jumlah maksimum yang mampu mereka kumpul.