Sewaktu pelayan itu membuat panggilan kepada Qin Mufeng, dia sedang berada di bar. Lu Jingli telah mengajak dia datang untuk bergosip.
Sebaik sahaja mereka mendengar khabar Ning Xi tiba-tiba pengsan, mereka berdua bergegas menuju ke hospital.
Di Hospital Republik Rakyat Pertama di ibu kota, di dalam wad VIP di tingkat paling atas.
Sebaik sahaja Qin Mufeng dan Lu Jingli tiba, mereka ternampak Ning Xi sedang terbaring di katil hospital dengan wajah yang pucat, lengannya pula dicucuk IV. Lu Tingxiao sedang duduk di kerusi di sebelah katil Ning Xi, wajahnya kelihatan mendung dan bimbang.
Lu Jingli dan Qin Mufeng saling berpandangan dan sedar mereka berdua berasa takut dengan riak wajah Lu Tingxiao.
Ketika itu, seorang jururawat datang membawa ubat. Lu Jingli dengan pantas menariknya ke tepi dan bertanya, "Macam mana keadaan pesakit tu? Apa yang tak kena dengan dia? Adakah keadaan dia serius?"