Ban Kecil telah menyediakan hadiah hari lahir dan kejutan untuknya dengan begitu teliti. Pada awalnya, Ban Kecil begitu teruja. Kemudian harapannya mula berkurangan, panik dan mula takut apabila dia tidak dapat menghubungi Ning Xi…
Bukankah pengalaman ini begitu kejam untuk dia lalui?
Memikirkan hal ini, Ning Xi terasa seperti ada sebilah pisau sedang merobek hatinya. Untuk beberapa ketika, dia memeluk Si Cilik dan enggan melepasnya pergi.
Lu Tingxiao tidak mahu mengganggu mereka berdua, tetapi disebabkan sedikit rasa kasihan kepada adiknya, dia mengingatkan gadis itu, "Ning Xi, minta Si Cilik untuk panggil semula semua robot tu."
"Oh oh oh… Betul…" Barulah Ning Xi teringat yang masih ada sepasukan robot di luar sana sedang memusnahkan rumah dan lengan Lu Jingli masih lagi dalam tawanan!
Jadi dia dengan pantas berkata kepada Ban Kecil, "Sayang, boleh kamu panggil mereka balik?"