Melihat Ning Xi buat pertama kalinya mendepangkan tangan kepadanya dengan kehendak gadis itu sendiri, emosi bergelora di mata Lu Tingxiao yang dingin.
"Ahhh! Mereka datang lagi! Lu Tingxiao, cepat!" Ning Xi sudah pun menerpa ke arah Lu Tingxiao.
Sudah tentu, sebaik sahaja dia melekat kepada Lu Tingxiao, robot-robot itu tidak lagi berani menyentuhnya.
Hebatnya!
Hanya apabila bau badan yang hangat, lembut dan manis itu menerpa hidungnya, barulah Lu Tingxiao yang tadinya sedang terpukau memberi tindak balas. Dia menunduk dan merangkul pinggang Ning Xi. Kemudian, berjalan ke arah sebuah tangga pusing.
Ini mungkin pertama kali dia berada begitu dekat dengan Ning Xi ketika gadis itu masih lagi dalam keadaan sedar.
Dia sangat berharap jalan ini tidak akan ada pengakhirannya...
Kalau Lu Jingli tahu apa yang difikirkan oleh abangnya ketika itu... Ugh...