Ketika Jiang Muye mendengar perkara itu, dia segera mengutuk!
Sial! Mo Yuxiu sangat jahat! Sebenarnya dia mahu merebut peluang itu untuk membuat watak utama wanita dan pelakon pembantu lelaki menjadi pasangan!
Saya pun tak cakap apa-apa lagi sebagai watak utama lelaki!
Guo Qisheng faham kenapa Mo Yuxiu memberikan cadangan seperti itu. Perubahan itu secara tidak langsung akan memberi manfaat untuk dirinya. Jadi, jumlah adegan dan statusnya tidak akan banyak beza daripada watak utama lelaki.
Jalan cerita itu sebenarnya akan lebih menarik jika dia mengadaptasi siri itu kepada dua pasang pasangan. Bukannya dia tidak pernah terfikir mengenai perkara itu, namun dia perlu mempertimbangkan keperluan karya asli, jadi dia tidak mahu melakukan banyak perubahan di dalam jalan cerita tersebut. Selain itu, ada satu sebab yang lebih penting iaitu…