Pada masa yang sama, si ikan emas kecil yang berada di vila yang berdekatan hampir menjadi gila.
Walaupun baru beberapa jam berlalu, itu adalah hukuman yang kejam untuknya apabila dia terpaksa menunggu dengan rahsia penting yang berada dekat dengannya tetapi dia tidak boleh melihatnya.
Ketika Lu Jingli mahu membuka keputusan ujian DNA itu, Lu Tingxiao memanggilnya.
"Datang sini."
Lu Jingli memecut seperti seorang atlet apabila Lu Tingxiao memanggilnya dan dia sampai di sana dengan pantas.
Walaupun abangnya telah memanggilnya, dia masih berasa trauma dengan Ning Xi tengah hari tadi. Lu Jingli memandang sekeliling dengan berhati-hati sebelum masuk ke dalam rumah itu.
"Bro! Xiao Xi Xi dah tidur ke?" Lu Jingli bertanya dengan suara perlahan, dia tercungap-cungap kerana berlari sebentar tadi.
"Mmm."