"Kakak Shiyi, kamu masih nak teruskan ke? Patut ke saya beritahu pengarah yang kita teruskan esok je?" cadang pembantu itu selepas melihat Meng Shiyi membuat terlalu banyak kesilapan.
Pertanyaan itu bukan sahaja tidak memberi kesan yang baik, bahkan membuat Meng Shiyi naik berang. "Apa yang kamu cakap ni!? Teruskan!"
Jika dia beredar sekarang, dia akan menjadi bahan lawak semua orang!
Rakaman kali keempat belas bermula kerana desakan Meng Shiyi.
Semua krew menumpukan perhatian dan meneruskan penggambaran.
Perasaan takut mula bercambah dalam diri Meng Shiyi kerana diperhatikan oleh semua orang dan berdepan dengan Ning Xi. Perempuan ini... Dialah yang jahat...
Tidak lama kemudian, penggambaran itu tiba ke bahagian di mana dia telah gagal sebanyak 13 kali.
Tapak tangan Meng Shiyi berpeluh semasa memegang pedangnya.
"Saya akan bunuh seluruh puak dia!" kata Yun Huang.