"Kak Shiyi, kamu okay tak?" tanya pembantu Meng Shiyi dengan rasa takut.
Ekspresi Meng Shiyi benar-benar menakutkan.
"Perempuan sihir tak guna! Berani dia rampas lelaki saya!? Dia ingat dengan sokongan dari Syarikat Lu, saya tak berani nak sentuh dia?" Meng Shiyi mendesis dengan kemarahan yang membara.
Pembantunya berkata, "Ya, ya, ya! Kak Shiyi, kamu tak perlu bagi muka pada sesiapa di dalam industri hiburan ni! Perempuan tu memang tak tahu malu! Kita perlu tunjukkan sesuatu pada dia! Kalau Pengerusi Meng tahu pasal ni, dia mesti akan sokong!"
Meng Shiyi mengejek, "Perlu ke saya bergantung dengan ayah saya untuk berurusan dengan orang macam dia?"
Pembantunya itu menjawab tanpa sebarang bantahan, "Mestilah tak! Kak Shiyi, kamu boleh musnahkan dia dengan kemahiran lakonan kamu je!"
"Adegan seterusnya! Ning Xi, Shiyi, kamu berdua siap sedia ya!" jerit Guo Qisheng dari tepi.
Tidak lama selepas itu, penggambaran dimulakan.