"Oh, ya!" Lelaki itu tiba-tiba mendekatinya. "Sayang, jangan lupa janji kita… Saya nak malam ni."
Ning Xi terkejut.
Sial!
Lelaki itu memintanya membuat biskut, namun dia sengaja berkata begitu!
Sebelum lelaki itu berlalu pergi, dia sempat mengerling ke arah Ke Mingyu.
Selepas Yun Shen pergi, Ning Xi segera berpaling melihat Si Syaitan dan menjelaskan kepadanya, "Sayang, jangan dengar dia mengarut! Saya pergi nak minta tolong dari Annie tapi saya dipaksa buat perjanjian dengan dia. Lelaki tak guna tu suruh saya buat 9,999 keping biskut buatan tangan untuknya! Saya terpaksa berjanji dengan dia masa tu sebab saya risau sangat pasal Kak Tianxin."
Dia paling risau tentang lelaki ini, tetapi dia tidak sangka masalah akan timbul dengan sangat cepat. Mereka baru berjumpa dan dia hampir mati kerana terkejut!
Ning Xi sakit kepala. "Lelaki tak guna tu selalu mainkan orang lain. Jangan percaya cakap dia. Percaya cakap saya je, okay?"