Zhuang Liaoyuan hendak menemani Orang Tua Zhuang pergi memancing, tetapi mereka berdua menukar fikiran apabila mendapat tahu Zhuang Rongguang telah menjemput Ning Xi ke padang tembak. Mereka berdua turut menuju ke sana.
Apabila mereka sampai, Zhuang Rongguang sedang bercakap gah kepada Ning Xi dengan gembira, "Kakak Xi, akhirnya saya dah mahir menembak sambil tutup mata macam kamu!"
Kemudian dia mengeluarkan sehelai kain berwarna hitam dan menutup matanya. Dia mengambil pistolnya dengan yakin dan membidik ke arah sasaran.
Bang!
Bang!
Bang!
Markahnya dipaparkan selepas tiga tembakan: 10 mata, 10 mata, 10 mata.
Ning Xi mengangkat keningnya dengan terkejut, "Boleh tahan juga!"
"Kan?!" Zhuang Rongguang berasa sangat teruja apabila Ning Xi memujinya sehinggakan dia hampir boleh terbang. "Saya dah cakap yang saya ni berbakat! Saya cuma tak nak belajar je sebelum ni. Saya sendiri pun rasa takut bila saya serius!"