Lu Jingli tersentak apabila mendengar soalan itu. Dia tergamam dan menjawab selepas seketika, "18... Ogos... 18 Ogos juga!"
Lu Jingli berasa seakan-akan dia hendak pitam kerana memproses terlalu banyak maklumat sekaligus.
Lima tahun yang lepas, kebetulan Ning Xueluo juga telah meletakkan dadah pada Ning Xi pada masa yang sama dan di tempat yang sama dengan tempat dia letakkan dadah pada abangnya!
Apa yang paling menakutkan ialah hari Ning Xi terlibat dengan kemalangan dan melahirkan bayi yang telah mati itu ialah hari yang sama Si Cilik datang kepada keluarga Lu!
Ini... Apa maksud semua ini?
Dia telah panggil orang itu bangsat selama beberapa hari... Mungkinkah...?
Lu Jingli tidak berani untuk memikirkannya lagi!
"Teruskan siasatan ni." Ekspresi wajah Lu Tingxiao membeku. Malah, Lu Jingli pun tidak berani untuk memandang wajah abangnya.