"Sebab kamu tak bergunalah saya kena belajar daripada orang lain!" Ning Xi menjeling ke arah Tang Lang.
Mereka bertiga bertarung dengan sengit. Walaupun Ning Xi telah belajar beberapa helah daripada Han Xiao, dia hanya boleh bertahan buat seketika. Mereka berdua bukan tandingan Tang Ye.
Tang Ye sudah hilang akal. Pukulan yang kuat hinggap pada bahu Ning Xi, kemudian dia tujukan yang sama ke arah titik lemah Tang Lang...
Sehinggalah satu suara yang malas kedengaran tidak berapa jauh dari situ.
"Ye."
Tang Ye tiba-tiba berhenti. Semua gerakannya terhenti.
Dahi Tang Lang berpeluh. Dia berasa lega kerana berjaya mengelak serangan maut Tang Ye.
Ning Xi tercungap-cungap sambil membongkok dan menjeling ke arah lelaki berambut putih itu. Lelaki itu ialah Yun Shen...
Semuanya sudah musnah. Lelaki ini telah pulang.
Sikap liar Tang Ye serta-merta lenyap. Sekarang dia kelihatan bingung dan kesunyian.