Orang yang berjalan di koridor memandang ke arah lelaki yang duduk di kerusi dengan memakai selipar dan baju tidurnya teresak-esak seperti budak kecil itu dengan berhati-hati.
Selepas seketika, pintu bilik itu dibuka dan seorang lelaki yang tinggi berjalan keluar. Dia berdiri di hadapan Mo Lingtian. "Dah habis ke?"
Mo Lingtian mendongak dengan perlahan-lahan dan kelihatan sangat sedih. "Lu Tingxiao, kejamnya kamu."
Lu Tingxiao membalas, "Saya hanya risau tangan isteri saya akan cedera kalau dia pukul kamu."
Ning Xi baru sahaja mengharungi kisah silamnya yang memedihkan dan masih belum sembuh sepenuhnya. Bagaimana dia boleh benarkan Ning Xi risau tentang perkara lain?
Mo Lingtian terkesima.
Inikah caranya untuk pujuk kawan?
Kadang-kadang, seorang lelaki lebih tahu bagaimana untuk buat lelaki lain lebih sengsara berbanding perempuan.