Selepas setengah jam, teksi itu berhenti di sebatang jalan yang sunyi.
"Saya tak boleh masuk ke dalam. Kamu kena jalan sikit." Pemandu itu memandang ke arah Ning Tianxin melalui cermin pandang tepi dan berasa pelik.
Dia kelihatan seperti seorang pelajar universiti, tetapi dia mahu pergi ke klinik swasta seorang diri.
Kebanyakan gadis datang ke situ untuk menggugurkan kandungan.
"Okey, terima kasih." Ning Tianxin membayar tambang dan keluar dari kereta itu.
Dia berjalan ke arah sebuah lorong yang gelap. Terdapat satu papan tanda menyala yang tertulis "Hospital An Tai" di hujungnya.
Walaupun namanya hospital, tetapi premis itu hanyalah sebuah rumah dan kelihatan seperti sebuah klinik.
Ning Tianxin menyentuh perutnya. Dia berasa seakan-akan kakinya dirantai dengan besi. Selepas masa yang lama, akhirnya dia masuk ke dalam.
Lorong gelap itu seperti binatang yang menelan gadis itu dengan perlahan-lahan...
"Helo?"