Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 1375 - Kamu yang Paling Saya Sayang

Chapter 1375 - Kamu yang Paling Saya Sayang

Ning Xi mengukirkan senyuman pahit. "Awak boleh teka apa yang jadi lepas tu. Selepas saya mengandung, saya ingatkan tu anak Su Yan, jadi saya berkeras untuk menjaganya. Masa tu, Su Yan ke luar negara lama jugak dan dia balik masa saya dah lapan bulan."

"Lepas dia balik, dia bagitau saya perkara yang sebenar. Bukan dia yang tidur dengan saya malam tu dan anak tu bukan anaknya. Dia bagitau apa yang Ning Xueluo dah buat pada saya. Dia bagitau yang dia menipu untuk menutup kesalahan Ning Xueluo pada saya."

"Masa Ning Xueluo bagitau saya perkara yang sebenar, saya hilang kawalan dan saya terus lari ke tengah jalan. Masa tulah saya kena langgar dengan kereta. Bayi tu mati masa dilahirkan. Mungkin Tuhan nak tolong saya, kalau tak, saya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan anak tu."

Semua perasaannya yang dirasakan suatu ketika dahulu datang sekali lagi. "Awak tahu tak apa yang saya rasa masa tu? Saya rasa dunia sekeliling saya dah runtuh."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS