Sudah pastilah Ning Xi tidak mempercayainya. Kalau melaporkannya kepada pihak polis boleh menyelesaikan isu itu, Tang Nuo tidak perlu pergi ke Empayar untuk mencari Ning Xueluo.
Mereka sampai setelah berjalan kira-kira 20 minit. Sebaik sahaja Ning Xi mahu mempersiapkan dirinya secara mental, mereka terdengar bunyi yang kuat dari dalam rumah itu termasuklah bunyi tengkingan kata-kata kesat yang kuat daripada beberapa orang lelaki serta jeritan yang menakutkan daripada emak angkatnya, Sun Lan.
"Ah! Berhenti! Tolonglah berhenti!"
"Tak guna punya Tang Shan! Kamu berani laporkan saya dekat pihak polis!? Saya akan bunuh kamu hari ni! Saya nak tengok siapa yang akan selamatkan kamu!"
"Perempuan sihir! Diamlah! Saya akan potong lidah kamu!"
...
"Ayah! Mak! Kamu semua, berambuslah! Apa yang kamu buat ni?! Merompak waktu siang? Undang-undang masih wujud lagi dekat sini!"
"Undang-undang? Sayalah undang-undang tu!"