Di pertengahan jalan, Ning Xi mengeluarkan telefon dan menghantar mesej kepada Lu Jingli.
[Lu Jingli, saya dalam perjalanan ke Bandar Chang Chun untuk uruskan masalah keluarga, tapi saya pasti akan balik petang nanti. Tolong beritahu abang kamu yang saya akan jumpa dia sebaik sahaja saya sampai di Empayar.]
...
Pada masa yang sama, di dalam bilik belajar Lu Tingxiao di Istana Platinum, lelaki itu telah berada di situ sepanjang malam.
Lu Jingli mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik itu dengan berhati-hati. "Bro... Xiao Xi Xi hantar mesej dekat saya tadi. Dia suruh saya beritahu kamu yang dia akan ke Bandar Chang Chun untuk uruskan masalah keluarga, tapi dia akan balik petang nanti. Dia juga beritahu yang dia akan... jumpa kamu bila dia dah balik..."
Kemudian Lu Jingli memberi cadangan, "Bro! Apa kata saya beritahu Xiao Xi Xi untuk ubah waktu temu janji tu? Janganlah buat dia penat!"
Genius betul!
Tangguhkan selagi boleh!