Ekspresi wajah Ning Xi serta-merta berubah. "Jadi, memang ada sesuatu yang berlaku dekat rumah ke?"
Apabila Tang Nuo sedar yang dia tidak boleh menyembunyikan hal itu lagi, dia menggenggam tangan dan menggigit lidah untuk menghalang dirinya daripada bercakap. Tetapi, dia mula tergagap-gagap kerana dia risau Ning Xi akan fikir yang dia menganggap gadis itu sebagai orang asing, "Memang ada sesuatu yang berlaku dekat rumah... Kamu tahu kan ayah kita senang dipujuk. Tak lama dulu, dia jumpa seseorang dekat tapak pembinaan dan dah ditipu untuk pinjamkan duit yang banyak... T-tapi... sekarang kami tak boleh dapatkan duit tu semula..."
"Berapa banyak yang dia pinjamkan?" tanya Ning Xi sambil berkerut.