Ning Xueluo sedang melihat solekan di wajahnya dengan perasaan gembira. Walaupun ibu bapa kandungnya miskin dan tidak berguna, sekurang-kurangnya dia mempunyai wajah yang cantik.
"Cik, ada budak lelaki kat luar. Dia cakap dia adik cik. Nak bagi dia masuk ke?" tanya pembantu rumah itu.
"Adik saya?"
"Ya, dia cakap nama dia Tang Nuo."
Sebaik sahaja pembantu rumah itu berkata begitu, botol krim muka Ning Xueluo yang dipegangnya jatuh berkecai ke atas lantai.
Pembantu rumah itu terkejut. "Cik, kamu okay tak? Kamu cedera?"
Ekspresi wajah Ning Xueluo berubah menjadi gelisah. Dia bangun dengan cepat lalu9000000008 membuka langsir untuk melihat ke bawah.
Dia melihat ada seorang pemuda yang membawa beg yang banyak bersama denagnnya di pintu masuk.
Tak guna!
Kenapa budak ni datang sini!?
Dan kenapa di masa-masa kritikal macam sekarang ni!