Dengan amaran dari Ning Xi, akhirnya Mo Yuxiu memutuskan untuk berhenti. Orang ramai mula berkumpul untuk mesyuarat di jabatan pengiklanan, kemudian mereka terus pergi ke Vila Emerald bersama-sama dan mengadakan sidang akhbar untuk iklan "Tujuh Hari".
Ye Ying sengaja memilih lokasi yang terpencil untuk mengadakan sidang akhbar itu, tetapi apabila mereka tiba di sana, tempat itu sudah dipenuhi dengan orang ramai. Walaupun pihak hotel telah melakukan persiapan terlebih dahulu, mereka masih tidak mampu menahan keghairahan para peminat. Akhirnya, pihak polis terpaksa mengawal di tempat itu.
Di antara ketujuh-tujuh artis lelaki itu, hanya sekumpulan peminat mereka sahaja sudah cukup ramai. Inikan pula apabila mereka bertujuh berkumpul sekali! Peminat mereka hampir bergaduh sesama sendiri.