Pintu kereta itu dibuka dan seorang lelaki misteri yang memakai tuksedo berwarna hitam melangkah keluar. Dia berjalan terus ke arah tempat yang kacau-bilau itu.
Tang Lang hampir menangis kegembiraan apabila terlihat Lu Tingxiao dari sudut matanya, "Ya Tuhan! Bos! Oh! Akhirnya kamu dah sampai..."
Ning Xi juga perasan kehadiran Lu Tingxiao. Sebaik sahaja dia hendak melarikan diri, dia tiba-tiba berhenti bergerak dan memandang orang di hadapannya dengan perasaan bingung.
Lelaki itu berjalan ke arahnya dengan perlahan sambil membelakangkan cahaya lampu dengan derapan tapak kaki yang meyakinkan...
Udara dan masa seakan-akan telah terhenti, Ning Xi berdiri di situ dan tergamam. Dia memerhatikan lelaki itu berjalan menghampiri sehinggalah lelaki itu berhenti di hadapannya.
Mereka berdua memandang antara satu sama lain.