Lu Tingxiao berada di luar ketika Ning Xi membuka pintu.
"Macam mana awak…" Ning Xi terkejut apabila dia melihat Lu Tingxiao di pintu itu. "Macam mana awak tahu saya ada kat sini?"
Mungkin lelaki itu sudah dalam perjalanan sebelum menghubunginya.
"Saya teka je."
Ning Xi berasa kagum. "Pandainya awak! Tapi awak tak perlu datang pun kan? Kita boleh sembang esok!"
Lu Tingxiao mendepakan tangannya dengan luas. "Saya datang sebab nak peluk awak."
Mata Ning Xi bercahaya ketika dia melompat ke dalam pelukan lelaki itu. "Lu Tingxiao, kenapa awak comel sangat?!"
Walaupun lelaki itu sibuk sepanjang hari, dia datang sini semata-mata sebab nak bagi pelukan padanya?
Mereka berdua berpelukan dengan erat di tengah-tengah malam yang sejuk.
Lu Tingxiao membelai rambut Ning Xi. "Janganlah fikir lebih-lebih. Apa pun yang berlaku antara dia dan saya tak ada kena mengena dengan awak. Tu masalah peribadi kami berdua."