Budak ni…
Ning Xi tidak tahu mahu cakap apa lagi.
Ning Tianxin bimbang jika lelaki itu menderita tetapi dia tidak memikirkan mengenai dirinya sendiri atau berasa takut untuk menjadi ibu tunggal dan kesakitan menghadapi keguguran.
Tetapi, Ning Xi bukanlah sesiapa untuk menegur sepupunya itu secara berlebihan memandangkan dia juga pernah mengalami pengalaman yang sama sebelum ini.
Tiada siapa yang dapat membantunya. Ning Tianxin hanya mampu memberi sokongan kepada dirinya sendiri.
Sebenarnya Ning Xi berasa lega apabila Ning Tianxin mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya itu. Susah sekiranya dia mengambil keputusan untuk menjadi ibu tunggal.
Walaupun Ning Xi tidak tahu siapakah lelaki itu tetapi dia tahu yang lelaki itu seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diharap.
"Kamu dah buat keputusan?" tanya Ning Xi.
Ning Tianxin menariik nafas dalam dan mengangguk. "Mmm."