"Berhenti! Tengok kamu semua ni!" Tempik Tuan Tua dengan perasaan marah yang membuak-buak.
Mata Ning Yaohua terjegil memandang Ning Xi, seolah-olah gadis itu adalah musuh ketatnya. "Dasar anak derhaka, jangan ingat aku tak tahu motif sebenar kau. Kau sengaja nak rapat dengan Mak Cik kau untuk dapatkan saham yang sikit tu, kan? Kau ingat kalau kau boleh menipu Mak Cik kau untuk dapatkan saham tu, kau akan boleh bolot syarikat ni! Kau ingat senang untuk kau berurusan dengan orang-orang dalam syarikat? Tanpa perlindungan aku, kau akan ditelan hidup-hidup!"
Zhuang Lingyu mengejek, "Kamu asyik cakap yang kamu tak mahukan aset keluarga Ning dan kamu tak akan mengaku kami sebagai ibu bapa kamu. Habis tu, sekarang ni kamu sedang buat apa?"
"Kamu berdua diam! Kalau Xiao Xi mewarisi syarikat ni sekali pun, tu adalah perkara yang betul dan memang hak dia!" Muka Tuan Tua merah padam menahan marah.