Apabila Qian Caijun hampir pitam kerana terlalu marah, Yun Shen berpaling dan berkata, "Ah, sumber saya terhad, 1 bilion tu mustahil, tapi kurang sikit bolehlah."
Qian Caijun berasa lega apabila mendengar kata-kata Yun Shen. "Mestilah saya faham! Tak apa kalau kamu laburkan berapa banyak pun!"
Berdasarkan nada Yun Shen, dia mungkin akan bagi 300, ataupun 500 juta dolar!
Kemudian Yun Shen katakan sesuatu kepada pengawal peribadi yang kelihatan menakutkan di sebelahnya. Selepas itu, pengawal itu pun beredar.
Nampaknya dia telah pergi untuk sediakan duit-duit itu!
Tidak lama kemudian, pengawal peribadi itu kembali semula. Qian Caijun berasa sangat berharap apabila pengawal peribadi itu menghulurkan tangan ke arahnya tanpa sebarang ekspresi wajah.
Qian Caijun menadah tapak tangannya dan seolah-olah hampir kehabisan nafas kerana teruja.
Pada saat berikutnya, sekeping syiling perak diletakkan di atas tapak tangan Qian Caijun.