Lelaki berperut buncit itu menuding ke arah bar yang dipenuhi dengan gelas wain putih dan berteriak dengan kasar, "Kamu nak duit, kan? Saya ada duit! Kamu hanya perlu habiskan semua wain ni dan saya akan melabur 50 juta dolar dalam filem kamu!"
Semua orang terperanjat kerana lelaki itu membuat kecoh, termasuklah lelaki yang masih dikelilingi oleh orang yang hebat-hebat itu...
Ning Xi naik angin. Apa ni? Dosa apa yang dia dah buat untuk terima semua ni?
Masalah pasti akan datang di mana-mana sahaja tempat yang lelaki itu pergi.
"Wow! 50 juta!"
"Untung juga artis wanita dalam industri hiburan kerana dapat peluang macam tu dengan hanya minum dan tidur dengan orang!"
"Perempuan tu ada sokongan Ning Qiutong!"
"Saya rasa Ning Qiutong pun ada niat lain bila dia sokong perempuan ni... Perempuan ni hanya anak angkat. Semua orang tahu anak angkat bagus untuk apa."
...