CEO Xiong sebenarnya cuba untuk mengorek lebih dalam lagi.
Namun begitu, Ning Qiutong tidak menafikannya. "Saya setuju dengan kamu, CEO Xiong. Budak ni memang macam saya."
Zhuang Lingyu hanya beberapa langkah daripada situ dan apabila dia mendengar secara samar-samar apa yang Ning Qiutong katakan dan topik itu bergerak ke arah yang lebih membahayakan, mukanya berubah menjadi merah padam kerana marah…
Kalau dia biarkan Ning Qiutong teruskannya, semua skandal itu mungkin akan didedahkan di situ juga!
Zhuang Lingyu cepat-cepat mendekatinya. "Qiutong, kamu pun ada dekat sini!"
Ning Qiutong menjeling Zhuang Lingyu lalu berkata dengan pandangan yang dingin, "Kenapa? Saya tak boleh datang ke?"
Zhuang Lingyu memendam perasaan marahnya. Dia tidak membalas dan hanya memandang Ning Xi dengan tajam. "Budak ni, kenapa kamu tak tegur saya bila nampak saya? Dah tak tahu macam mana nak tegur mak angkat kamu ke?"