Sejak Ning Qiutong kembali, ramai dalam kalangan hadirin itu telah menumpukan perhatian mereka kepada kehadirannya kerana mereka mahu mengampu wanita itu dan menjadi rakan kongsinya.
Secara semula jadi, ramai orang yang telah mengenalinya. Tetapi, siapa gadis yang elegan dan sangat cantik di sebelahnya itu?
Mereka tidak ingat pernah berjumpa dengan gadis yang elegan itu sebelum ini!
Mungkinkah dia anak gadis Ning Qiutong?
Itu mustahil. Ning Qiutong tiada anak!
Beberapa orang yang mengenali Ning Xi juga berasa tidak percaya. Kemunculannya dan hakikat yang dia hadir ke majlis itu bersama Ning Qiutong ialah sebuah kejutan yang besar.
"Orang yang baru masuk tu adik Ning Yaohua, Ning Qiutong ke?"
"Ya, dialah tu, tapi saya tak tahu siapa gadis yang ada dekat sebelah dia. Mereka nampak agak rapat!"
"Ning Qiutong tak ada anak, jadi tak mungkin tu menantu dia. Mungkin ke tu anak kawan dia? Itu pun tak logik juga…"
…