Seketika kemudian, Ning Xi keluar dengan pakaian yang telah ditukar.
Ning Xi menggayakan sehelai gaun berwarna biru glasier yang sedondon dengan subang yang dipakainya dan sepasang kasut tumit tinggi berwarna perak.
Sesiapa yang berpengetahuan tentang fesyen akan tahu semua pakaian yang dikenakan oleh Ning Xi ialah keluaran edisi terhad.
Gaun itu ialah rekaan istimewa daripada jenama ES yang terkenal dan kasut tumit tinggi itu daripada siri Eden jenama Ralph Lauren. Subang itu pula telah direka oleh salah seorang pereka yang paling hebat di dalam negara, Fang Yi.
Mata Ning Qiutong bersinar. "Bagus! Kamu nampak cantik sangat!"
"Terima kasih! Cita rasa kamu memang hebat!" Ning Xi tersenyum.
"Manisnya mulut kamu ni, tapi kenapalah kamu ada hubungan yang teruk dengan keluarga kamu?" keluh Ning Qiutong.
"Saya hanya bermulut manis dengan orang yang saya suka!"