Fleksibiliti Ning Xi sangat mengagumkan. Dia tangkas mengelak dari serangan Mo Yuxiu dengan melenturkan badannya ke belakang. Tetapi, Mo Yuxiu tidak berhenti menyerang. Ning Xi tidak mahu mencederakan lelaki itu, jadi dia cuma terus mematahkan serangan dan tidak membuat serangan balas.
Semua orang terpinga-pinga melihat apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang.
Kenapa Mo Yuxiu sengaja mencari gaduh?
Apa yang sedang berlaku ni?
Qin Ran menggosok dagunya. "Mmm, Ning Xi dah dikhianati oleh Mo Yuxiu macam Li Lekai ke?"
Han Yuncheng buat muka menyampah. "Kalau macam tu, sepatutnya Ning Xi yang cari gaduh dengan dia. Lagipun, Ning Xi tu perempuan, kan?!"
"Oh, saya lupa pula... Kalau macam tu, mungkin sebab Ning Xi dah rampas teman wanita Mo Yuxiu?"
Lagipun, Ning Xi memang agak terkenal dalam kalangan gadis-gadis.