Kedua-dua lelaki itu telah dibutakan dengan kemarahan apabila masing-masing saling berbalas tumbukan yang kuat. Sesiapa yang cuba untuk meleraikan mereka ketika itu mungkin akan terkena tumbukan kalau tersalah langkah.
Jadi tiada siapa yang berani untuk mencelah termasuklah Qin Ran, Han Yucheng atau pun Luo Fan. Malah mereka menjauhkan diri daripada Mo Yuxiu dan Li Lekai.
Lucunya! Mereka tidak tahu ke berapa banyak insurans yang mereka telah beli untuk badan mereka sendiri? Sedikit pukulan atau benjolan di badan dan wajah mereka akan melambatkan kerja dan masa mereka. Semua itu adalah wang! Siapa yang mahu bertanggungjawab sekiranya mereka masuk campur dan turut dipukul?
Walau bagaimanapun, belum sempat tumbukan mereka mengenai satu sama lain, Ning Xi menggunakan sebelah tangannya untuk menghalang Li Lekai manakala sebelah lagi tangannya memegang penumbuk Mo Yuxiu yang laju.
Pergaduhan mereka terus terhenti.