Jiang Muye melihat Lu Tingxiao masuk ke dalam pejabatnya dan dia perasan mulut lelaki itu bergerak-gerak. Lu Tingxiao datang tepat pada masanya kan?
Perlu ke dia melihat gadis itu dengan tegas dan berasa risau walaupun terhadap para pekerja wanitanya?
Ning Xi dan Jiang Muye berjalan menuju ke jabatan pengiklanan tanpa halangan lagi.
Jiang Muye memandang Ning Xi dan berkata, "Ning Xiao Xi, awak takut suami ke sekarang ni?"
Ning Xi mengerlingnya sambil mengangkat kening. "Bolehlah!"
Jiang Muye mengetap giginya. "Siapa cakap sebelum ni yang dia tak mudah dikawal dan cintakan kebebasan? Tengoklah sekarang ni siapa yang dah kena kawal? Hati nurani awak tak rasa sakit ke?!"
"Kalau rasa sakit hati saya boleh ditukar demi kesayangan saya, saya sanggup untuk dilukai walaupun beratus kali!"
Jiang Muye terkelu.
Dia benci mulutnya!
Dia telah diseksa dengan teruk. Kenapa dia masih mahu membangkitkan isu ini dengan gadis itu!?