"Teman wanita kamu… Ning Xi? Macam mana boleh jadi macam ni? Macam mana boleh jadi Ning Xi? Mustahil! Ini mustahil!" Su Yimo menggumam kepada dirinya sendiri sambil menggeleng dengan perasaan tidak percaya.
Ekspresi wajah Zhao Meixin berubah muram dan dia terjelepok di atas lantai.
Ya Tuhan!
Segala-galanya dah jadi tak betul! Betul-betul dah tersilap!
Apabila dia melihat Lu Tingxiao yang membuka pintu itu, reaksi pertamanya ialah dia telah tersilap nombor bilik. Dia tidak menyangka pelayan itu memberitahu perkara yang betul!
Nombor bilik itu tidak salah. Bilik ini memang bilik Ning Xi, tetapi lelaki yang disebut oleh pelayan itu ialah Lu Tingxiao!
Teman wanita Lu Tingxiao yang dikatakan itu… ialah Ning Xi!
Berdasarkan apa yang Lu Jingli dedahkan sebelum ini, mereka sudah bersama untuk masa yang sangat lama.
Tidak hairanlah Lu Jingli sendiri yang merekrut Ning Xi dan menyuruh Ling Zhizhi untuk uruskan gadis itu.