"Kamu pasti orang yang dekat dalam ni Ning Xi?" Kali ini, Zhao Meixin bertanya dengan lebih berhati-hati.
Pelayan itu berasa agak yakin. "Saya pasti! Kamu perlu mendaftar untuk menempah bilik. Pasti Ning Xi! Saya sendiri nampak dia berjalan ke meja penyambut tetamu tu. Tak mungkin saya tersilap…"
Di luar, Su Yimo menarik nafas yang dalam lantas menjeling ke arah pelayan itu. "Bukalah."
"Perlahan-lahan, jangan buat orang yang ada dekat dalam tu terkejut!" pesan Zhao Meixin. Dia sendiri telah membuka kamera di telefonnya untuk merakam sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Lebih baik ada bukti.
Pelayan itu dengan keberatan menjawab, "Kad bilik kami hanya terbatas kepada bilik-bilik di tingkat lapan dan ke bawah je. Kami tak boleh buka bilik ni!"
Zhao Meixin memicit dahi dengan perasaan resah lalu berkata "Bunyikanlah loceng tu dan kata kamu ni pekerja servis bilik!"