Sebaik sahaja Ning Xi melihat Lu Tingxiao berdiri di pintu biliknya dalam keadaan terpegun, dia terus menarik lelaki itu ke dalam.
"Kamu ada urusan dekat-dekat sini malam ni ke?" tanya Ning Xi.
"Mmm, saya ada majlis makan malam." Haruman segar gadis itu selepas mandi dapat dihidu Lu Tingxiao. Ekspresi wajah Lu Tingxiao yang selamba mengatakan, "Saya betul-betul pergi ke majlis makan malam tu untuk urusan kerja dan bukannya untuk isteri saya."
Sambil bercakap, Lu Tingxiao mengambil tuala dari tangan Ning Xi dan mula membantu Ning Xi mengeringkan rambutnya yang lembap.
Ning Xi menikmati pertolongan Si Syaitan itu seperti anak kucing yang kecil.
"Kenapa kamu tukar bilik?"
Soalan Lu Tingxiao kedengaran dari arah atas kepala Ning Xi.
Ning Xi tersenyum dingin. "Sebab kotor sangat!"
Kemudian, Ning Xi menjelaskan peristiwa malam itu kepada Lu Tingxiao secara ringkas.