Di satu sudut, Xiao Tao sedang tersenyum dengan teruja. Dia hampir mahu melutut di hadapan majikannya.
"Ah… Bro Xi! Kamu dengar tak!? Bos kita memang hebat! Su Yimo mesti rasa malu sangat kali ni! Saya nak tengok macam mana dia gunakan gelaran dia sebagai "Puan Besar Syarikat Lu" tu nanti!"
Ling Zhizhi juga tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Keadaan ini membuatkan dia berasa seakan-akan sedang menaiki roller-coaster.
Jadi, semua ini salah faham sahaja. Lu Tingxiao tidak kenal Su Yimo langsung!
Syarikat Lu melayan Su Yimo dengan baik hanya disebabkan dia daripada Syarikat Hiburan Keagungan Dunia?
Tapi ada banyak artis yang berpotensi sebelum ini, jadi kenapa mereka pilih Su Yimo yang tidak dikenali pun pada ketika itu dan menyokongnya?