"Saya nampak macam ada cita rasa yang teruk macam tu ke?"
Apabila Lu Jingli mendengar kata-kata itu daripada abangnya, dia dapat rasakan kesakitannya walaupun kata-kata itu tidak ditujukan kepadanya. Bayangkanlah apa yang Su Yimo rasakan…
Cara abangnya melayan perempuan lain selain Xiao Xi Xi sangat kejam…
Su Yimo terkaku. Dia terkejut besar sementara Liang Biqin dan Zhao Meixin juga berasa keliru. Semestinya pihak pengurusan di syarikat Lu Tingxiao juga berkongsi perasaan yang sama.
Keadaan menjadi sunyi sepi, kemudian perbincangan mula kedengaran di setiap sudut tempat itu.
Di Syarikat Hiburan Keagungan Dunia, semua staf dan artis yang telah ditindas tidak boleh menahannya lagi dan melepaskan perasaan marah mereka.
"Wow! Inilah… drama terbaik pada tahun ni!"
"Bos kita tak kenal Su Yimo langsung! Dia tak tahu pun Su Yimo tu siapa!"
"Kamu dengar tak kata-kata Bos? Dia tak akan mempertimbangkan Su Yimo pun!"