Pada ketika itu, telefon Ning Xi berbunyi.
Kebetulan Guo Qisheng yang menghubunginya.
Ning Xi segera menjawab. "Hai, Pengarah Guo! Saya tengah bincang skrip yang kamu bagi dengan Kak Zhizhi, kebetulan pula kamu telefon!"
"Hey Ning Xi, saya pun ada benda nak bagitau ni. Um… kamu ada tak…" Guo Qisheng kedengaran teragak-agak, dia berhenti sekejap sebelum bertanya, "Ning Xi, kamu ada tak menyinggung perasaan sesiapa baru-baru ni?"
Apabila dia mendengar soalan itu, Ning Xi terkejut. "Tak ada, kenapa kamu tanya macam tu?"
Guo Qisheng mengeluh, "Saya baru lepas jumpa beberapa orang pelabur, dan beberapa orang daripada mereka nampak agak risau bila mereka tahu yang saya akan pilih kamu. Mereka cakap yang Syarikat Lu dah keluarkan arahan untuk hentikan kamu jadi mereka risau kalau perkara tu akan membuatkan keadaan jadi agak bermasalah…"